Sebagai wanita Islam, kita tercari-cari siapakah yang wajar kita jadikan role model dalam hidup kita. Saya mencadangkan saudari sekalian membaca buku ini, Aisyah, Keanggunan Sejati kerana buku ini mempunyai pelbagai pengajaran dan moral value yang boleh diaplikasikan dalam hidup kita seharian.
Terdapat juga kisah Rasulullah SAW dan Saidatina Aisyah yang saya kira cukup comel sekali sehingga saya sendiri jatuh hati pada pasangan ini. Seringkali saya tersenyum dan tergelak membaca buku ini sambil berkata "Ah..sweetnya!". Kepada kaum wanita sekalian saya menyarankan anda membaca buku ini!