Mrs Cinderella - Prolog
Adriana Mellisa merenung ke arah cermin yang
membiaskan susuk tubuh gadis-gadis seusianya yang sedang seronok bergurau
sesama sendiri. Riang sungguh mereka dengan reaksi wajah yang kelihatan sungguh
ceria. Jelas dia cemburu dengan kebebasan mereka sedangkan dia kehilangan
kebebasan dek kerana dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali diusia
22 tahun. Sayu saja pandangan Adriana Melissa ke arah mereka.
“Hei,
apa pengantin muka muram je ni?” soal satu suara.
Pantas pandangan Adriana Mellissa kembali ke hadapan.
Lupa pula dia sekarang ini wajah nya sedang di hias oleh MUA yang ditempah khas
oleh bakal ibu mertuanya. Ibunya sendiri? Entahlah, hanya mampu mengeluh saja.
“Er, tak ada apalah kak” balas Adriana Melissa sambal
melemparkan senyuman manis.
Mukanya yang pada hari-hari biasa akan dihiasi dengan
bedak kompak sahaja kini ditepek dengan pelbagai jenis produk. Cuak juga dia
bimbang wajahnya kini bukan wajahnya. Ehh? Hahaha. Tergelak halus dia di dalam
hati.
“Haa tengok lawa sungguh adik ni. Mesti terbeliak biji
mata pengantin lelaki tengok nanti,” puji MUA nya sambal membelek wajah Adriana
Melissa berulang kali dengan senyuman kepuasan dengan hasil tangannya.
Adriana Melissa hanya tersenyum kelat. Pengantin lelaki
pun dia tidak kenal malah wajah jejaka itu tidak pernah sekali pun dilihatnya.
Hidupnya hanya mengikut aturan kedua-dua orang tuanya. Tiada satu pun mampu
diingkarinya. Sedang dia asyik melayan perasaan, telefon bimbitnya berdering
lantang. Tertera satu nombor yang tidak dikenalinya. Dua kali juga dia berpikir
sama ada mahu menjawabnya atau tidak. Setelah deringan itu tidak berhenti buat
beberapa ketika, dia terus menjawab. Mungkin ada hal penting dari
rakan-rakannya yang menggunakan nombor baru.
“Assalamualaikum, Hello?” lembut Adriana Melissa
menyapa si pendengar di sana.
“Adriana Melissa?” soal satu suara garau yang tidak
dikenali gadis itu.
“Ya saya?” jawab Adriana Melissa.
‘Ish, dahla salam aku tak dijawab, non-muslim ke dia
ni? Pelat macam melayu’ kutuk gadis itu di dalam hati.
“Aku Faris Iskandar,” kedengaran nada yang dingin dari
jejaka itu.
‘Siapa pulak Faris Iskandar ni? Tak pernah kenal pun’
Adriana Melissa tertanya-tanya di dalam hati.
“Er, siapa ya encik? Saya tak kenal pula,” balas
Adriana Melissa takut-takut. Tambah-tambah dengan nada suara yang macam along itu.
“Eh bakal laki sendiri pun tak kenal ke?” sindir
lelaki itu dengan sinis. Terkedu Adriana Melissa seketika. ‘Laki? Bakal laki
aku?!’
“Er… ya Encik Faris Iskandar. Ada apa ya encik telefon
saya?” soalnya lagi sambal cuba menyembunyikan kegugupannya.
“Aku nak kau tahu yang aku tak setuju dengan
perkahwinan ini. Jangan harap aku akan terima kau dalam hidup aku. Lepas kahwin
kita bawa haluan masing-masing,” setiap patah ayat yang dilontarkan Faris
Iskandar meluluhkan hati Adriana Melissa.
Diharapkan ada cahaya yang bakal menyinari hidup tapi
nampaknya nasib malang tetap tidak berubah. Mungkin betul dia ni pembawa malang
seperti yang selalu dicanangkan oleh kedua-dua ibu bapanya.
“Woi kau dengar tak?!” jerkah Faris Iskandar setelah
tiada jawapan dari bakal isterinya buat seketika.
“Woi aku dengarlah. Ingat aku pekak?!” jawab Adriana
Melissa kembali secara spontan dek kerana terkejut dengan jerkahan Faris
Iskandar.
Kus semangat.
Sambil itu dia mengurut dadanya cuba menghilangkan nada terkejut. Kini giliran
Faris Iskandar pula terdiam dijerkah Adriana Melissa.
“Haa, err bagus lah kalau kau dengar. Hmm okay,”
pantas talian dimatikan tanpa menunggu jawapan dari Adriana Melissa.
‘Eh, dia ni, kurang ajar betul. Apa jenis lelaki la
macam ni. Ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau. Muka macam periuk
belanga!’ kutuk Adriana Melissa dengan
geram. Walaupun dia tidak pernah melihat wajah bakal suaminya namun melihatkan
perangainya yang sebegitu pasti lelaki itu bukan taste nya. ‘Huh! Menyampah’