relaks~~

Monday, 21 October 2013

Wanita-wanita solehah yang dijamin masuk syurga

1) Asiyah binti Muzahim

2) Maryam binti Imran

3) Khadijah binti Khuwailid

4) Fatimah binti Muhammad

5) Aisyah binti Abu Bakar

6) Sumayyah binti Khubbath

7) Nasibah binti Ka'ab

8) Ummu Ruman binti Amir

9) Ummu Sulaim binti Milhan

10) Kabsyah binti Rafi'

11) Asma' binti Yazid as-Sakan

12) Fatimah binti Asad

Riwayat hidup Abu Bakar As-Sidiq

"Wahai Abu Bakar. Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluargamu? Abu Bakar menjawab, "Aku tinggalkan untuk keluargaku Allah SWT dan Nabi-Nya"

  • Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abu Quhafah  ( Usman ) bin Amir bin Amru bin Ka'ab bin Sa'ad bin Taim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Firh al Quraisy at Taimiy.
  • Diber nama Abd Ka'bah ( hamba rumah tuhan) sewaktu lahir dan ditukar kepada Abdullah ( hamba Allah) setelah memeluk Islam.
  • Lahir di Mekah, 2 tahun 1 bulan selepas kelahiran Rasulullah SAW ( 25 bulan lebih tua dari baginda ).
  • Diberi gelaran As-Sidiq ( pembenar ) kerana selalu membenarkan ucapan, tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Rasulullah SAW.
  • Merupakan bapa mertua kepada Rasulullah SAW kerana baginda menikahi Saidatina Aisyah.
  • Pernah berkahwin dengan Qutailah namun menceraikan wanita itu bila dia enggan memeluk Islam bersama-sama beliau. Hasil perkahwinan itu lahirlah Abdullah dan Asma'.
  • Kemudian, beliau berkahwin dengan Ummu Ruman daripada kabilah Kinanah. Maka lahirlah Abdul Rahman dan Aisyah.
  • Terkenal dengan sifat beliau yang pemurah dan sanggup menyedekahkan seluruh hartanya di jalan Islam.
Sifat-sifat lain yang boleh diambil pedoman ialah:
~Mencintai Rasul dan Allah SWT dengan sepenuh hati.
~Beriman sepenuh hati
~Sentiasa beramal soleh
~Merendah diri

Sunday, 20 October 2013

12 Lelaki yang dijamin Syurga

Berikut merupakan senarai nama pejuang-pejuang Islam yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah SAW:

1) Abu Bakar As-Siddiq

2) Umar bin Khattab

3) Usman bin Affan

4) Ali bin Abi Talib

5) Thalhah bin Ubaidillah

6) Zubair bin Awwam

7) Saad bin Abi Waqash

8) Said bin Zaid

9) Abdul Rahman bin Auf

10) Abu Ubaidah bin Al-Jarrah

11) Hanzalah bin Abu Amir

12) Ukasyah bin Mihshan

InsyaAllah jika berkesempatan kisah hidup pejuang-pejuang Islam di atas akan diringkaskan nanti~~^^~~

Friday, 18 October 2013

Resahku

Aku berlari mencari diri-Mu, 
Namun jalan yang kutempuhi penuh onak duri,
Sering aku bangkit namun seringkali juga aku terjatuh dek kehilangan cahaya-Mu,
Masihkah aku punya ruang disisi-Mu?
Masihkah aku punya kesempatan untuk merasai kasih-Mu?
Bantulah aku,
Pimpinlah aku,
Berikan aku nafas yang tenang,
Agar aku menjadi Muslimah sejati.
Amin Ya Rabbal Alamin