relaks~~

Monday, 21 October 2013

Riwayat hidup Abu Bakar As-Sidiq

"Wahai Abu Bakar. Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluargamu? Abu Bakar menjawab, "Aku tinggalkan untuk keluargaku Allah SWT dan Nabi-Nya"

  • Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abu Quhafah  ( Usman ) bin Amir bin Amru bin Ka'ab bin Sa'ad bin Taim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Firh al Quraisy at Taimiy.
  • Diber nama Abd Ka'bah ( hamba rumah tuhan) sewaktu lahir dan ditukar kepada Abdullah ( hamba Allah) setelah memeluk Islam.
  • Lahir di Mekah, 2 tahun 1 bulan selepas kelahiran Rasulullah SAW ( 25 bulan lebih tua dari baginda ).
  • Diberi gelaran As-Sidiq ( pembenar ) kerana selalu membenarkan ucapan, tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Rasulullah SAW.
  • Merupakan bapa mertua kepada Rasulullah SAW kerana baginda menikahi Saidatina Aisyah.
  • Pernah berkahwin dengan Qutailah namun menceraikan wanita itu bila dia enggan memeluk Islam bersama-sama beliau. Hasil perkahwinan itu lahirlah Abdullah dan Asma'.
  • Kemudian, beliau berkahwin dengan Ummu Ruman daripada kabilah Kinanah. Maka lahirlah Abdul Rahman dan Aisyah.
  • Terkenal dengan sifat beliau yang pemurah dan sanggup menyedekahkan seluruh hartanya di jalan Islam.
Sifat-sifat lain yang boleh diambil pedoman ialah:
~Mencintai Rasul dan Allah SWT dengan sepenuh hati.
~Beriman sepenuh hati
~Sentiasa beramal soleh
~Merendah diri

No comments:

Post a Comment