relaks~~

Sunday, 20 October 2019

Banana Chocolate cupcakes


Resepi

Bahan - bahan


2 biji pisang (lenyekkan)

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk coklat (sis campur separuh oligo separuh serbuk koko)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 suduk kecil garam
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan gula

Ganache
Secawan serbuk oligo

Secawan serbuk coklat
1/4 cawan gula
3 sudu besar susu pekat
Sesudu minyak/butter
Secawan susu segar
Sedikit air

Cara - cara
1) Lenyekkan pisang dan masukkan minyak, gula, telur, esen vanila, dan garam, kacau sebati.

2) Satukan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, dan serbuk coklat. Ayakkan.


3) Masukkan bahan kering ke dalam bahan basah dan kacau sebati.


4) Panaskan oven 180 degree dan bakar selama 20 - 30 minit.


5) Sejukkan kek dan boleh mula buat chocolate ganache.


6) Masukkan semua bahan ganache dan kacau sebati, panaskan di atas api sehingga pekat. Kalau pekat sangat boleh tambah susu/air mengikut kesesuaian. Kemudian tuang ke atas kek.





Siappp!


Saturday, 19 October 2019

Cek Mek Molek my style

Resepi

Bahan - bahan
Ubi keledek Jepun (atau pun ubi keledek biasa) 3-4 biji
Tepung gandum 1/2 cawan (ikut kesesuaian)
Gula
Garam secubit

Cara - cara
1) Rebus ubi keledek sehingga empuk dan lenyekkan sehingga hancur.
2) Tambahkan tepung gandum dan garam. Boleh tambah gula sedikit mengikut citarasa. Uli sehingga menjadi doh. Tepung Gandum boleh dikurangkan atau ditambah mengikut kesesuaian.
3) Bentukkan doh kecik - kecik dan buatkan ruang di tengah. Sudukan gula ke ruang tengah dan tutup dengan kemas supaya masa menggoreng gula tidak keluar.
4) Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Siapp!


Thursday, 11 July 2019

Mrs Cinderella -  Prolog




          Adriana Mellisa merenung ke arah cermin yang membiaskan susuk tubuh gadis-gadis seusianya yang sedang seronok bergurau sesama sendiri. Riang sungguh mereka dengan reaksi wajah yang kelihatan sungguh ceria. Jelas dia cemburu dengan kebebasan mereka sedangkan dia kehilangan kebebasan dek kerana dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali diusia 22 tahun. Sayu saja pandangan Adriana Melissa ke arah mereka.
            “Hei, apa pengantin muka muram je ni?” soal satu suara.
Pantas pandangan Adriana Mellissa kembali ke hadapan. Lupa pula dia sekarang ini wajah nya sedang di hias oleh MUA yang ditempah khas oleh bakal ibu mertuanya. Ibunya sendiri? Entahlah, hanya mampu mengeluh saja.
“Er, tak ada apalah kak” balas Adriana Melissa sambal melemparkan senyuman manis.
Mukanya yang pada hari-hari biasa akan dihiasi dengan bedak kompak sahaja kini ditepek dengan pelbagai jenis produk. Cuak juga dia bimbang wajahnya kini bukan wajahnya. Ehh? Hahaha. Tergelak halus dia di dalam hati.
“Haa tengok lawa sungguh adik ni. Mesti terbeliak biji mata pengantin lelaki tengok nanti,” puji MUA nya sambal membelek wajah Adriana Melissa berulang kali dengan senyuman kepuasan dengan hasil tangannya.
Adriana Melissa hanya tersenyum kelat. Pengantin lelaki pun dia tidak kenal malah wajah jejaka itu tidak pernah sekali pun dilihatnya. Hidupnya hanya mengikut aturan kedua-dua orang tuanya. Tiada satu pun mampu diingkarinya. Sedang dia asyik melayan perasaan, telefon bimbitnya berdering lantang. Tertera satu nombor yang tidak dikenalinya. Dua kali juga dia berpikir sama ada mahu menjawabnya atau tidak. Setelah deringan itu tidak berhenti buat beberapa ketika, dia terus menjawab. Mungkin ada hal penting dari rakan-rakannya yang menggunakan nombor baru.
“Assalamualaikum, Hello?” lembut Adriana Melissa menyapa si pendengar di sana.
“Adriana Melissa?” soal satu suara garau yang tidak dikenali gadis itu.
“Ya saya?” jawab Adriana Melissa.
‘Ish, dahla salam aku tak dijawab, non-muslim ke dia ni? Pelat macam melayu’ kutuk gadis itu di dalam hati.
“Aku Faris Iskandar,” kedengaran nada yang dingin dari jejaka itu.
‘Siapa pulak Faris Iskandar ni? Tak pernah kenal pun’ Adriana Melissa tertanya-tanya di dalam hati.
“Er, siapa ya encik? Saya tak kenal pula,” balas Adriana Melissa takut-takut. Tambah-tambah dengan nada suara yang macam along itu.
“Eh bakal laki sendiri pun tak kenal ke?” sindir lelaki itu dengan sinis. Terkedu Adriana Melissa seketika. ‘Laki? Bakal laki aku?!’
“Er… ya Encik Faris Iskandar. Ada apa ya encik telefon saya?” soalnya lagi sambal cuba menyembunyikan kegugupannya.
“Aku nak kau tahu yang aku tak setuju dengan perkahwinan ini. Jangan harap aku akan terima kau dalam hidup aku. Lepas kahwin kita bawa haluan masing-masing,” setiap patah ayat yang dilontarkan Faris Iskandar meluluhkan hati Adriana Melissa.
Diharapkan ada cahaya yang bakal menyinari hidup tapi nampaknya nasib malang tetap tidak berubah. Mungkin betul dia ni pembawa malang seperti yang selalu dicanangkan oleh kedua-dua ibu bapanya.
“Woi kau dengar tak?!” jerkah Faris Iskandar setelah tiada jawapan dari bakal isterinya buat seketika.
“Woi aku dengarlah. Ingat aku pekak?!” jawab Adriana Melissa kembali secara spontan dek kerana terkejut dengan jerkahan Faris Iskandar.
 Kus semangat. Sambil itu dia mengurut dadanya cuba menghilangkan nada terkejut. Kini giliran Faris Iskandar pula terdiam dijerkah Adriana Melissa.
“Haa, err bagus lah kalau kau dengar. Hmm okay,” pantas talian dimatikan tanpa menunggu jawapan dari Adriana Melissa.
‘Eh, dia ni, kurang ajar betul. Apa jenis lelaki la macam ni. Ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau. Muka macam periuk belanga!’  kutuk Adriana Melissa dengan geram. Walaupun dia tidak pernah melihat wajah bakal suaminya namun melihatkan perangainya yang sebegitu pasti lelaki itu bukan taste nya. ‘Huh! Menyampah’




Wednesday, 10 July 2019

My New Novel

Assalamualaikum,

Sis nak buat pengumuman yang sis sedang gigih menyiapkan novel sis yang terbaru bertajuk Mrs Cinderella. Setelah With All My Heart, sis sebenarnya ada tulis satu lagi novel yang bertajuk Cinta Yakuza, tetapi disebabkan novel tu genre dia thriller sikit so sis stuck, huhuuu. Tetiba otak sis muncul ilham untuk membuat novel Mrs Cinderella ni. Hehe, next post sis akan include first chapter. Nak baca online boleh terus ke PORTAL ILHAM dan search tajuk novel sis atau nama pena sis Adeeba Eryna.


Thanks for reading😘😘

Tuesday, 12 March 2019

Novel Pertamaku - With All My Heart

Assalamualaikum,

Setelah empat tahun berlalu, sis baru nak berjinak-jinak balik dalam dunia blogger ni. Sis nak bagitau yang sis sudah berjaya memegang sendiri novel yang sis bersusah payah bersekang mata menaip dulu. Alhamdulillah pihak Krangkraf telah menerbitkan novel sis yang bertajuk With All My Heart. Sesiapa yang belum mendapatkan novel ini, bolehlah ke kedai buku berhampiran atau ke laman
web https://www.alaf21.com.my/InfoBuku/Novel/978-967-86-0819-0/with-all-my-heart